Thursday, 28 June 2012

buat enti yang rindukan abah...

salam sahabatku yang ana kasihi lagi ana amattt rindui..
moga enti sentiasa dalam kasih dan rahmat Allah..
ana sangat risaukan keadaan enti disana..
tapi ana yakin,,akan ada yang sentiasa menemani dan membantu enti disana..kan?

husna...
sabar ye diatas dugaan yang bertimpa2 ke atas enti..
banyak kisah yang ana selalu dengar daripada enti,
daripada orang lain,tentang enti..
dan seperti biasa..enti sangat tabah menghadapi semua tu...

husna..ana mengenali enti..sememangnya kuat!
menghadapi setiap situasi dengan penuh sabar...
enti tau tak sayang??
enti sebenarnya tak pernah kehilangan abah..
darah abah,,ilmu yang abah sempat ajarkan,,ciri-ciri abah,,
ada pada enti...
sesungguhnya abah telah berjaya melahirkan mujahidah dan mujahid yang tabah dan cemerlang dunia dan akhirat!insyaAllah..
dan paling penting...mata abah..ada pada enti..kan??
secara fizikalnya yang paling senang untuk enti lihat..
ada masa,enti rindu..mata abah ada bersama enti..
dan yang paling penting abah sentiasa ada dalam hati enti kan?

teruskan kuat sayang..make your father proud.up there.

ana nak enti bace blog ni,,semoga ketenangan enti bertambah!:D
http://krunchieroll.blogspot.com/2012/04/fokuskan-rindu-biar-berpeluh.html

uhibbukifillah...take care there dear..
sharing is caring.jom tambah saham akhirat! :)

Sunday, 24 June 2012

Mahligai Kasih..

Duhai teman cuba kau dengarkan
Bisik hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan

Dan sering aku harapkan
kasih berlandas keimanan
Dan kasih suci kita kan diberkati

C/o:
Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini untuk membina persahabatan...


p/s : boleh tak nak nanges bile nyanyi lagu ni...sebabnya husna pernah gubah lagu ni kepada teman..;'(
       boleh x bagi peluang pada ana lagi???




sharing is caring.jom tambah saham akhirat! :)

Saturday, 23 June 2012

HUSNA,enti mesti kuat!

22 JUN 2012..hari yang amat kelam kabut untuk ana bila dapat berita tentang kepergian abah yang juga merupakan guru tuisyen ana..alhamdulillah,ana dapat berita tu daripada sahabat kita,Najihah..waktu tu ana dalam perjalanan pergi ke office..tibe2 ana dapat mesej daripada jihah..

* atiqah!reply me asap!

ana pelik,sebab jihah nampak sangat kelam kabut,,ana terus col..

*salam jihah,kenapa?
*ayah husna,meninggal pagi tadi..baru sejam lepas..
*husna?zahidatul husna??(time tu,dalam hati berdetak laju..Allah..husna,,,enti dah tau ke??)
*ye2..enti janganlah jerit..enti kat mane tu??
dan sekian..sekian...

sesampainya aku di ofis,,tak tertahan2,,aku menangis..aku terus sampaikan berita pada eqa,ain...aku xtau keputusan apa yang perlu aku buat sampai disana..aku col supervisor untuk ambil cuti separuh hari..aku col makcik,aku col naqibah,aku col ibu,aku col manis,tanye tentang keadaan husna..tak abes2 berfikir macamana keadaan husna,ok x?sape teman dia?sape tolong dia?siapa?apa?itu ini..

sebenarnya hati ni,,nak mesej atau col dia..tapi aku tak tahu macamana nak cakap bile dalam keadaan macamni,,aku memang LOSER abeslah..kesian husna...pastu aku amek keputusan nak bagi mesej,,ttbe time nak tulis tuh,masuk col husna,aku angkat..then,,lepas dia amek nafas yang panjang,atiqah,abah dah tak ada....sebak,sakit dada aku dengar suara husna yang tahan kesedihan..lepas tu boleh lagi gelak!husna!!enti ni memanglah..masih lagi nak sembunyikan kesedihan tu??

dipendekkan cerita,aku dilepaskan untuk cuti separuh hari..lepas zohor,aku sampai di rumah husna..waktu tu,,rumah husna penuh dengan jemaah lelaki yang baru lepas solat jumaat,baca yaasin ramai2..lepas dah habis,aku masuk..aku pandang muka syahmi,syakir,syahin..waktu tu xnampak nadzirah..aku pandang umi..mata ummi merah sangat..menahan kesedihan..lepas tu aku datang kat ummi,ummi terkejut..dia kata dari mana ni?aku pun jwab,saya praktikal cik,kat sini..aku salam ummi,peluk ummi..ummi tersedu2..menangis jugak aku kat situ..aku tanya..husna dan syahid belum sampai??ummi kate belum..

lepas dah beberapa lama lepas tu,aku nampak abg husna dah sampai..sampai2 terus dia mengimamkan solat jenazah..di akhir solat syahid tak dapat tahan kesedihan..habis seisi rumah mengalirkan air mata sambil mengaminkan..cikgu deen dah berjaya melahirkan anak2 yang soleh dan solehah,,aku tau mereka akan saling menguatkan!

lepas tu,aku ikut najihah untuk ke masjid,solat asar dan solat jenazah kat situ..aku risau sangat..aku tanye kat jihah..xtggu husna ke??jihah kate,,husna dah buat request kat ummi supaya tggu dia..alhamdulillah..kirenye enti sempat jumpa abah kan?sampai dekat masjid,kami terus solat asar dan solat jenazah..lepas tu,jenazah nak dibawa ke kubur,ummi cakap boleh x longgarkan ikatan dulu untuk tggu husna..waktu tu husna dah nak sampai..

sampai kat kubur,aku nampak husna dah sampai..husna tersedu2..husna,,enti masih lagi nak tahan kan??waktu tu ana rase macam nak datang dekat enti,pegang tangan enti,,kuatkan enti..tapi ana xmampu..lepas semua selesai,,husna dipeluk dengan semua saudara mara dia..waktu tu air mata husna memang xlepas2 mengalir,,Allah...sedihnya,sebaknya tengok enti..lepas tu,enti pelok jihah,ana dan kawan2 yang lain..sempat lagi enti cakap..ape ni nangis xmacho dah!alahai husna...
enti tau x?enti kehilangan abah yang amat enti cintai,,menangisi tu kire super macho kan?meratapi tu baru xmacho!husna,,nak pelukkk enti kuat2!!!

**husna,,kuatlah sayang..hanya doa yang xputus2 ana sampaikan buat arwah dan enti sekeluarga..kuatlah untuk ummi,abg enti dan adik2..ana tau,enti cukup kuat untuk menghadapi semua ni..dugaan yang hebat,untuk orang yang hebat!


p/s: ana teringin sangat nak temankan enti,tapi bila tengok rumah enti dah penuh dengan sedara mara n enti ada jugak fatin untuk dilayan,ana terpaksa lupakan hasrat ana..hakikatnya,,ana sangat risaukan keadaan enti dari sini..take care habibaty...ana akan jenguk enti sebelum ana balik ke damansara...uhibbukifillah...


sharing is caring.jom tambah saham akhirat! :)