Sunday 9 December 2012

s.a.b.a.r

minggu-mingu kuliah yang sangat pack.
ditambah dengan kegersangan ilmu dan program.
Allahu Allah.
sangat memerlukan kekuatan.
kepada Allah aku berserah.
minggu pertama dah mula busy dengan client.
proceed atau tidak.
balik minggu 1 untuk jumpa developer untuk dapatkan detail site.
exhausted.rasa sangat tension dan ramai yang kene penangan akibat ketensionan ini.
rasa berdosa dengan manusia.terasa diuji.terasa berat.
rasa nak nangis.penat sangat.
bila bermuhasabah,salah satu faktor Allah campakkan aku dalam bidang ID ni,
untuk aku bermuamalah dengan masyarakat sekeliling.
untuk belajar bersabar dengan kerenah dan kehendak manusia yang berbeza.
aku betul2 terasa penat.
pada sahabat2 yang membaca ni,aku mohon antunna doakan kelapangan urusan hamba.
supaya dapat membahagikan masa dengan teratur.
supaya dapat menyatukan karakter daie,anak dan pelajar dalam satu masa.
supaya dapat menambah kesabaran.

akk aku berpesan sempat berpesan..

'semua pekerjaan di dunia ni susah,tapi kitalah yang mengawal kesabaran dalam hati kita.belajar sabar'

ambil kesempatan update post pasal rasa beban kepala tak hilang..hukhuk
ada siapa yang sudi ringan2kan??  ;'(

“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” 
Surah Asy-Syura ayat 30


sharing is caring.jom tambah saham akhirat! :)

Wednesday 21 November 2012

tarbiyyah Allah itu dekat


Jika kita menyediakan hati untuk ditarbiyyah..


Sekecil kecil perkara kita akan rasa itu adalah tarbiyyah.
~ kak noni ~


betul!saya sokong apa yang kak noni katakan.aku akui aku punya hati yang keras.sungguh bukan mudah untuk pecahkan tembok dalam hati aku.tapi aku bersungguh dan berazam untuk aku berubah menjadi yang lebih baik.dan melalui azam aku itu Allah datangkan dugaan demi dugaan untuk mentarbiyah keadaan diriku yang punya sangat sangat banyak kelemahan ini.sungguh,,banyak sungguh tarbiyah yang Allah berikan padaku sejak akhir2 ni..Alhmdulillah,aku bersyukur.

peristiwa 1 :

kebakaran kecil yang berlaku pada bilik air rumah.mujur!Allah gerakkan hatiku untuk melihat apa yang terjadi pada rumahku setelah terhidu bau yang sangat kuat.bila aku selak langsir bilik,kelihatan asap dah penuh dalam rumah.Alhamdulillah,aku cepat bertindak.mungkin jika aku terlambat,ceiling rumah terbakar dan boleh menyebabkan dengan cepatnya baiti jannati ni  terbakar.dan mungkin jugak aku dah tak dapat menulis dalam blog nih.kebetulannya aku keseorangan di rumah dan kunci pintu grill depan tiada di tempatnya,bermakna kunci2 tersebut telah dibawa ahli2 rumah yang lain.Alhamdulillah,segalanya dipermudahkan bila aku dapat melepaskan diri dari rumahku dan berlari ke rumah sepupuku di bahagian belakang,kebetulan dia berada di rumah.

pendek cerita, ibuku berkata padaku,yang sebenarnya Allah menegur kami sekeluarga kerana ada amal-amal yang kami tinggalkan,jauh daripada Allah,leka/lalai..sebab tu Allah datangkan ujian berbentuk musibah pada keluarga kami.dan bagi aku Allah menegurku secara direct kerana ketika itu!waktu itu!aku berada dalam rumah.supaya aku meningkatkan amal.banyakkan bersyukur,jauhkan dari perkara lagha!


peristiwa 2 :

apabila seorang pemandu berlesen L memandu dan menyangka minyak adalah brek.menjadi kesilapanku pada pemanduan kali ni sebab tertekan minyak.Alhamdulillah tak terjadi apa2 yang buruk pada pemandu hadapan dan pada aku.tapi keadaan kereta hadapan kemek,sama juga dengan kereta yang aku pandu,habis melengkung bahagian bonet hadapan. ;p
tapi aku sangat sangat cuak jika bayaran terhadap ganti rugi dihadapkan pada aku.sangat berharap semuanya ditanggung oleh pihak yang mengajarku menjadi pemandu 'berhemah'.ececewah!

dan seriously!kali ni memang aku rasa bertempek2 tarbiyah Allah datang untuk aku.dan serious aku rasa aku perlu melakukan perubahan pada diri aku dan orang lain untuk menegakkan islam di muka bumi..sungguh aku merasa sangat istimewa kerana Allah masih menghantarkan aku dugaan demi dugaan supaya aku meningkatkan keimanann..masyaAllah,,terima kasih ya Allah!!!Alhamdulillah.


sedikit perkongsian isu gaza :

kali ini memang aku banyak berkongsi isu palestin di wall facebook aku.bukan sebab aku nak buat2 prihatin.tapi aku paksa dan ajar diri aku untuk menjadi prihatin terhadap masalah umat sekelilin.supaya hati menjadi peka,hati menjadi lembut.jika kita lihat sekarang ramai orang dah immune dengan keadaan perang sehingga kan jika dipost gambar2 anak2 atau mangsa2 yang dibom hilang rasa perikemanusiaan.dan kali ini isu gaza adalah isu akidah.isu membebaskan palestin kerana disitulah tempat nabi di israkkan,disitulah kiblat pertama kita,disitulah tempat kelahiran para2 nabi.isu akidah bukan isu yang boleh dipermainkan.
serius aku rasa sangat kecewa dengan mereka yang masih beralasan untuk memboikot.masih mencari sejuta cara untuk membebaskan diri untuk membeli produk2 zionis.aku kecewa.dan sebenarnya disamping kita memboikot,kita kene amalkan cara hidup islam yang dah nabi kita amalkan dan ajarkan pada kita.permudahkan kami ya Allah!!kembalikan islam,kembalikan ustaziatul alam!dan kita juga kene niat yang kita berkongsi + prihatin terhadap isu gaza ini bukan semata2 kita nak bebaskan gaza daripada tangan israel tapi kita buat semua ni kerana kita nak muliakan islam,kita nak keredhaan Allah.aku takut jika islam itu sudah tercapai kemenangannya,aku tidak termasuk di kalangan orang yang menang..nauzubillah min zalik..

ya Allah,,semoga engkau bantu hati2 kami dalam meningkatkan keimanan padamu.bantulah saudara2ku di palestin,mesir,syria,rohingnya dan dimana2 sahaja yang tertindas,,bantulah mereka ya Allah..kuatkanlah ketenangan dan kebergantungan hanya padaMu..amiin ya rabb..






sharing is caring.jom tambah saham akhirat! :)

Tuesday 20 November 2012

hmmm..


serius tak best bila kita berjauhan dengan sahabat tersayang!
serius tak best ada konsep perpisahan.
serius tak best!
seirus aku sedih!
serius sedih bila kita je rase kita rindu..
serius!



sharing is caring.jom tambah saham akhirat! :)

Saturday 17 November 2012

oh PALESTINA!

apakah perasaan anda jika malam ini anda tidur,dan secara tiba2 anda terjaga terdengar akan dentuman2 yang kuat di luar rumah.dan apabila anda keluar dari pintu bilik,anda mendapati rumah anda hancur separuh dan ketika iu ramai menjerit ketakutan dan meminta tolong?kelihatan di udara peluru2 berterbangan,pesawat2 askar negara dan musuh saling bertempur.

dan bagi aku,seriously aku takut..sungguh,,aku amat kagum dengan kekuatan,ketabahan,ketenangan,keberanian yang ada pada wanita,kanak-kanak,syabab,pemuda,pejuang di palestin!!MasyaAllah..aku betul2 sedih sebab tak mampu menyalurkan sedikit sumbangan pun pada mereka..melainkan doa,memboikot,share input2 bermanfaat di fb dan mengajak manusia..semoga Allah pandang usaha aku..aku takut,,sungguh aku takut jika ditanya pada hari kebangkitan nanti oleh saudara2ku yang tertindas,akan apa yang telah aku lakukan untuk membantu mereka...Allah..Allah..bantulah aku ya Allah..bantulahh..

senak hatiku,sedih melihat hasil perkongsian gambar dari page2 yang dipercayai,ramai kanak2 yang tercedera dan syahid..Allah..jika kita lihat kanak2 mereka,,sungguh!!mereka amat matang berbicara..bukan seperti kita di Malaysia..sedangkan yang sudah menjangkau angka puluhan juga sering berkata yang lagha,bergurau yang tidak kena?sungguh teman2,jika engkau liha video yang memaparkan pertanyaan dimanakah tentera2 dari negara sekian2??mengapa tidak datang membantu kami?kenapa masih berpecah belah?runtun hati ku...ya Allah,,,bantulah saudara2ku disana..bantulah ya Allah..

kuatkanlah semangat kami di Malaysia ya Allah,,untuk beribadah secara istiqamah padaMu..sungguh,aku takut apabila seorang temanku berkata,,jangan sampai perbuatan kita yang berdosa pada Allah ni menyebabkan doa rakyat Palesin tertahan..Allah,,sungguh sebenarnya kami bersaudara..Allah,,kuatkanlah ukhuwah di kalangan kami supaya kami bersatu menegakkan islam dimuka bumi ini..Allah..Allah..

mari sama2 kita baca doa qunut nazilah untuk rakyat palestin,rohingnya,dan dimana sahaja umat islam tertindas..



dan sungguh,,mohon sungguh2 ni..tolonglah boikot keluaran produk mereka ni..be aware..kita boleh,,memang kita lihat ianya sedap,,tapi yakinlah..Allah akan ganti yang lebih sedap di syurga Allah nnti..itu yang selalu aku tanamkan dalam hati..janganlah cepat terbuka,terliur dengan produk2 terbaru..insyaAllah,,yakinlah dengan reward Allah..yallah syabab!!!










sharing is caring.jom tambah saham akhirat! :)

Tuesday 13 November 2012

hati,tak mudah kita memahami kan?


Terkadang kita menyangka sudah cukup kuat menghadapi dengan tabah.
menguji hati yang sebenarnya masih lemah.
tapi sebenarnya disaat masa menjalankan memori.
hati telah pun teruji.


dan hati cuba sehabis tabah.
tanpa menyangka emosi berubah.
melenyapkan suasana yang gembira.
seakan datang cuaca yang mengubah.
serasa mahu cepat berlari.
memujuk hati yang berubah lemah.



tetapi siapalah kita yang wajar untuk lemah.
lalu ku kuatkan jiwa dan hati,
menghadap Ilahi.
mencari ketenangan sejati.
yang pastinya mampu melenyapkan kegusaran hati.
kerana kita hamba,
jika tidak diuji,maka rugilah kita.
kerana tiada dugaan,tiadalah peningkatan iman.
Allah mengikut sangkaan hambanya,maka berbaik sangkalah pada setiap dugaan.









sharing is caring.jom tambah saham akhirat! :)

Wednesday 31 October 2012

Kisah syahid Saidina Umar Alkhattab

sayyidina umar r.a memohon agar dimatikan dalam keadaan syahid. Allah perkenankan doanya dengan mendatangkan abu luqluq al majusi (penyembah api) yang menikam sayyidina umar sebanyak 3 kali di perut sehingga terburai perutnya ketika beliau mengimamkan solat subuh.

sayyidina umar r.a jatuh ke tepi, lalu abdur rahman bin auf mara ke depan menyelesaikan solat subuh dgn bacaan yg ringkas. abu luqluq
al majusi menikam beberapa orang sahabat yang lain lalu menikam dirinya sendiri. mereka semua mati di situ.

sayyidina umar r.a diberikan air susu untuk diminum, namun air susu itu terlihat keluar dari perut bersama darah. kemudian beliau pengsan. apabila sedar, soalan pertama yang ditanya beliau, "adakah telah selesai kamu semua solat subuh". mereka menjawab ya. kemudian beliau bertanya, "siapakah yang menikam aku". mereka menjawab abu luqluq.

sayyidina umar r.a mengucapkan rasa syukur kerana Allah telah datangkan seorang kafir bagi membunuhnya. lalu beliau meminta air dari anaknya. anaknya bertanya, "untuk apa air, bukankah tadi susu telah keluar dari perut setelah meminumnya".

sayyidina umar r.a berkata, "aku meminta air bukan untuk diminum, tetapi untuk aku mengambil wudhu' kerana solat aku belum lagi selesai".

-----------------------------

tanya diri kita, di mana kita campak solat yang difadhukan kepada kita? mengapa kebanyakan masa yang ada kita suka melengahkan dan membiarkan waktu solat berlalu sedangkan ia perkara pertama dihisab.







sharing is caring.jom tambah saham akhirat! :)

Tuesday 23 October 2012

Sunnah Rasulullah s.a.w 1 : cara berkomunikasi

Bismillahirrahmannirrahim..
Assalamualaikum w.b.t para pembaca! :D
Alhamdulillah,,akhirnya dapat jugak update post terbaru dengan izin Allah..Mengambil sedikit masa untuk membuat sedikit pembaharuan yang dilakukan pada blog ni supaya lebih nampak kemas dan teratur..hee :D

Untuk post yang terbaru ni,saya suka untuk berkongsi sunnah-sunnah rasulullah s.a.w yang sebenarnya sangat dekat dengan kehidupan seharian kita.namun kita sering diperkenalkan perkara2 yang menjadi sunnah ini sebagai sesuatu yang biasa2 sahaja dalam kehidupan kita tanpa niat mahu menghidupkan sunnah baginda.
Contohnya :

Membasuh tangan :
Seingat saya,sejak negara kita Malaysia disahkan penduduknya menghidap H1N1,kita diperkenalkan dengan  cara membasuh tangan yang betul.sedangkan perkara tersebut telah dilakukan oleh Rasulullah terlebih dahulu.bukanlah tidak boleh membasuh begitu sahaja tetapi lebih bestt kalau kita niat untuk mengikut sunnah baginda. ;)

Cukuplah dengan satu contoh,saya yakin para membaca lebih maklum akan keadaan  ini dan boleh memberi contoh2 yang lain.Tidak rugi sebenarnya kita untuk mengikuti sunnah baginda kerana Allah telah berfirman dalam surah Annur ayat 54

" Dan jika kalian menaatinya nescaya kalian akan mendapat hidayah"
( Annur : 54 )


sekaligus mendekatkan diri kita kepada Allah dan berusaha mendapat redhaNya..InsyaAllah.Baiklah,jom kita baca amalan2 rasulullah berkomunikasi.

SEBAIK-BAIK PERTUTURAN ADALAH MILIK RASULULLAH S.A.W

Rasulullah s.a.w adalah seseorang yang baik dalam berkata-kata.Baginda suka untuk menggunakan lafaz dan perkataan yang begitu baik,cantik dan lembut.Sehinggakan jika ada seseorang yang cuba menggantikan kebaikan perkataan yang baginda lafazkan,pasti tidak akan tercapai,kerana sebaik2 pertuturan alah milik baginda s.a.w.MasyaAllah!

1. Ucapkanlah perkataan yang lebih baik.
Allah telah berfirman kepada Rasulullah s.a.w :

"Katakanlah kepada hamba-hambaku,ucapkanlah perkataan yang lebih baik.Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan diantara mereka "

Sungguh,bak kata sahabat yang saya kasihi,syaitan ni memang akan sentiasa cuba nak cucuk jarum untuk menimbulkan benteng2 antara kita,sebab tu kita perlukan 'bulldozer' untuk runtuhkan benteng tersebut.hee,, tau kan bulldozer tu ape??  :) errr...ok,sambung semula.
Ayat ini menyarankan kita supaya berkata baiklah dalam pertuturan kerana syaitan menggunakan setiap lafaz dan perkataan kita untuk menimbulkan perselisihan.contohnya : apabila kita menerangkan sesuatu pada sahabat,tetapi disalahertikan.sedangkan kita tak bermaksud seperti yang dia fikirkan.hmmm,,selalu terjadi.kan?

2. Mewakilkan orang lain untuk bercakap
Salah satu adab nabi s.a.w,kadangkala baginda mewakilkan orang lain untuk bercakap.Jika baginda ingin menegur beberapa kesalahan syarak yang dilakukan oleh orang lain,baginda tidak terus menegurnya.tetapi baginda akan berkata : "Kenapa mereka lakukan begitu?" Baginda akan bertanya dan tidak suka menyebut keburukan orang lain.Kadangkala apabila Rasulullah mahu menegur kesalahan si polan,baginda akan bercakap dengan orang yang akrab dengan si polan tersebut,supaya bukan baginda yang menegur kesalahan tersebut.



" Manusia yang berjaya ialah yang menutup mulutnya,sebelum orang lain menutup telinga mereka "

Kisah 1 :
Seorang sahabat nabi bernama Jabir telah bertemu Nabi SAW.
Dia berkata kepada nabi:
" Ya Rasulullah,berikanlah peringatan kepadaku "
Nabi bersabda kepadanya:
" Janganlah kau mencela orang lain "
Maka dia berkata :
" Demi Allah,sejak itu,aku tidak pernah mencela orang lain,samada dia lelaki,perempuan,orang merdeka,hamba atau haiwan "

Subhanallah.. :)

Kisah 2 :
Pernah seorang wanita mengutuk binatangnya,iaitu seekor unta yang dilaknatnya.
Lalu Nabi s.a.w bersabda :
"Turunkan barang daripada unta tersebut dan lepaskannya.Unta yang dilaknat tidak patut berada bersama kita"
Maka unta tersebut berjalan sendirian kerana nabi tidak redha unta itu bersama kumpulan.

TAHUKAH ANDA? 
" Otot yang paling kuat dalam tubuh manusia adalah LIDAH "

Nabi s.a.w bersabda :

" Mungkin satu pertuturan daripada seseorang lelaki membuatkan khalayak ramai ketawa akan menghumbankan dia ke dalam api neraka yang lebih jauh daripada gugusan bintang "
Kadangkala kita suka membuat jenaka untuk membuatkan orang ramai ketawa tetapi tanpa kita sedar,kita menggunakan lafaz yang biadap kepada Allah.Nauzubillah.Nabi melarang kita bertutur kepada orang dengan kata-kata kutukan atau leteran atau kata-kata yang melupakan kita dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita.kerana ianya menjatuhkan motivasi masyarakat sekaligus membuatkan manusia sentiasa melihat ke arah kegelapan dan perkara negatif.kerana dengan kata-kata negatif telah membunuh kedamaian yang ada dalam hati manusia.

3. Berfikir sebelum berkata

4. Ruangkam masa untuk mematangkan pertuturan

" Kata-kata seperti buah,memerlukan masa untuk menjadi matang "

Katakanlah,jika kamu mencintai Allah,ikutilah aku,nescaya Allah mencintaimu.
( Surah Al Imran : 31 )

Perubahan itu sukar kerana syurga itu mahal.jom kita ubah paradigma dan ikuti sunnah baginda!semoga Allah redha dengan kamu..amiin..InsyaAllah,akan sentiasa berusaha untuk update pada entry akan datang.
wassalam. ;)

Sumber :
Ustaz Habib Al Jufri
http://www.youtube.com/watch?v=v7XPqb05As0











sharing is caring.jom tambah saham akhirat! :)

Wednesday 26 September 2012

sahabat..




Bemula disini,
aku menemui,
aku mengenalimu,
bahgia bersamamu..

Kau sering peduli,
kau juga menemani,
tikaku bersendiri,
engkau sentiasa disisi..

Pabila kau tiada,
aku resah gelisah,
itu yang kumahu,
engkau tahu..

C/O

Sahabatku kurinduimu,
namun setiap pertemuan ada perpisahan,
Dan harapanku agar persahabatan,
yang dibina,
masih seperti dulu.....

Engkau menyenangi,
engkau memahami,
senyuman dibibirmu,
mengukir senyumanku...

Kau sering teguri,
kau juga nasihati,
tikaku melupai,
lupai diri sendiri...

pabila kau tiada,
aku resah gelisah,
itu yang kumahu,
engkau tahu...

c/o

Sahabatku kurinduimu,
namun setiap pertemuan ada perpisahan,
Dan harapanku agar persahabatan,
yang dibina,
masih seperti dulu.....

Walau kita,
bebeza pandangan,
namun ia tidak akan menghalang,
persahabatan kita,
yang dibina sekian lama,
agar tetap teguh SEPERTI DULU...

c/o

Sahabatku kurinduimu,
namun setiap pertemuan ada perpisahan,
Dan harapanku agar persahabatan,
yang dibina,
masih seperti dulu.....

sharing is caring.jom tambah saham akhirat! :)

Tuesday 10 July 2012

tummuhat hatiku!

alhamdulillah,,tergerak jugak tangan ni nak buat satu post baru..haha..pemalas bukan main sejak akhir2 ni..:p
huhu..perasaan yang membuak2 setelah membaca blog comel..rajin betul dia update blog...wehhhuuuu...tibe2 terpandang angelpakaigucci update status begini.. 

Trending malam ni: #Apaygsayamahudlmhidupini 

Tummuhat.obsesi.keinginan.adalah satu prosa kata yang sama..:)

tummuhat hatiku..banyak sebenarnya keinginan hati ni..tak terbilang..cukuplah sekadar 10 mungkin kalau nak disenaraikan..yang benar2 penting!!warrggghhh..:D
yooosshhh..mari mulakan!!

Tummuhat 1 #
mahu menjadi seorang yang berfikiran positif,tenang dalam menghadapi dugaan..:) kool..nak hilangkan sifat cepat marah dan kuat sensitif.nak tambah lapang dada dalam setiap inci kehidupan!!mintak maaf pada sesiapa yang pernah menghadapi sikap aku yang tak tentu hala ni..nggeeee..:D

Tummuhat 2 #

nak sebarkan kasih sayang dan cinta pada semua orang.ikhlas kerana Allah.masalahnya hati ni beku sikit..susa betul nak feel2 ni melainkan orang tu rapat dengan aku..hah!:p nak berikan seluruh cinta dan sayang aku pada ibu dan ayah.berkorban untuk mereka selagi hayat mereka..nak jadi daie yang superb dalam menyentuh hati2 manusia.nak sebarkan dakwah islam pada semua!!:D
 

(errr..ni macam dah terlebih tummuhat je ni..hehe)

Tummuhat 3 #

nak jadi dai'e yang dapat melebarkan risalah nabi.dai'e yang pantas dalam menggerakkan kerja2 dakwah.dai'e yang tak ada alasan untuk berkata tidak.da'ie yang mantap!walaupun dicampak ke mana2 mampu menyeberkan ayat2 cinta daripada Allah untuk semua makhluk!:D

Tummuhat 4 #
ingin menjadi sahabat yang ceria,setia,menenagkan jiwa.yang bersama ketika susah dan senang,yang berlapang dada.
ingin bersahabat sehingga ke syurga bersama zahidatul husna shahruden!!!dan sahabat2 yang lainnnnn..:)

Tummuhat 5 #
hidup dalam diredhai Allah dan ibuayah.nak meninggal dalam keadaan khusnul khatimah dan melafazkan kesaksian!nak bangun tahajjud dan dapat mengalirkan airmata yang takut hanya kepada Allah..please Allah..pleaseeeee....





Tummuhat 6 #
nak jumpa imam saya yang soleh wa musleh.yang dapat membimbing hati ini ke jalan yang Allah redhai..wink2!!><

Tummuhat 7 #

nak cepat2 dapat lesen kereta,dapat kereta.nak memudahkan perjalan diri sendiri dan akhawat2 yang lain untuk berjaulah ke program2 supaya xde lagi masalah transportttt!!!:D




Tummuhat 8 #
err...yang ni duniawi siket..nak ada baju labuh scarlet(tetibe terminat jenama nih!!haha) banyak2!

dahla..cukup..cukup..xmampu nak sampai sepuluh sebab mata dah xnak angkat luas2 dah..hehe
yang sebenarnya hati ni sangat tak tenteram.tak tenang.tak taulah..semoga Allah hantarkan tentera2 ketenangan dan kesabaran dalam diri aku yang sentiasa tak tentu hala nih..hhuuuuu...;'(










sharing is caring.jom tambah saham akhirat! :)

Thursday 28 June 2012

buat enti yang rindukan abah...

salam sahabatku yang ana kasihi lagi ana amattt rindui..
moga enti sentiasa dalam kasih dan rahmat Allah..
ana sangat risaukan keadaan enti disana..
tapi ana yakin,,akan ada yang sentiasa menemani dan membantu enti disana..kan?

husna...
sabar ye diatas dugaan yang bertimpa2 ke atas enti..
banyak kisah yang ana selalu dengar daripada enti,
daripada orang lain,tentang enti..
dan seperti biasa..enti sangat tabah menghadapi semua tu...

husna..ana mengenali enti..sememangnya kuat!
menghadapi setiap situasi dengan penuh sabar...
enti tau tak sayang??
enti sebenarnya tak pernah kehilangan abah..
darah abah,,ilmu yang abah sempat ajarkan,,ciri-ciri abah,,
ada pada enti...
sesungguhnya abah telah berjaya melahirkan mujahidah dan mujahid yang tabah dan cemerlang dunia dan akhirat!insyaAllah..
dan paling penting...mata abah..ada pada enti..kan??
secara fizikalnya yang paling senang untuk enti lihat..
ada masa,enti rindu..mata abah ada bersama enti..
dan yang paling penting abah sentiasa ada dalam hati enti kan?

teruskan kuat sayang..make your father proud.up there.

ana nak enti bace blog ni,,semoga ketenangan enti bertambah!:D
http://krunchieroll.blogspot.com/2012/04/fokuskan-rindu-biar-berpeluh.html

uhibbukifillah...take care there dear..
sharing is caring.jom tambah saham akhirat! :)

Sunday 24 June 2012

Mahligai Kasih..

Duhai teman cuba kau dengarkan
Bisik hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan

Dan sering aku harapkan
kasih berlandas keimanan
Dan kasih suci kita kan diberkati

C/o:
Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini untuk membina persahabatan...


p/s : boleh tak nak nanges bile nyanyi lagu ni...sebabnya husna pernah gubah lagu ni kepada teman..;'(
       boleh x bagi peluang pada ana lagi???




sharing is caring.jom tambah saham akhirat! :)

Saturday 23 June 2012

HUSNA,enti mesti kuat!

22 JUN 2012..hari yang amat kelam kabut untuk ana bila dapat berita tentang kepergian abah yang juga merupakan guru tuisyen ana..alhamdulillah,ana dapat berita tu daripada sahabat kita,Najihah..waktu tu ana dalam perjalanan pergi ke office..tibe2 ana dapat mesej daripada jihah..

* atiqah!reply me asap!

ana pelik,sebab jihah nampak sangat kelam kabut,,ana terus col..

*salam jihah,kenapa?
*ayah husna,meninggal pagi tadi..baru sejam lepas..
*husna?zahidatul husna??(time tu,dalam hati berdetak laju..Allah..husna,,,enti dah tau ke??)
*ye2..enti janganlah jerit..enti kat mane tu??
dan sekian..sekian...

sesampainya aku di ofis,,tak tertahan2,,aku menangis..aku terus sampaikan berita pada eqa,ain...aku xtau keputusan apa yang perlu aku buat sampai disana..aku col supervisor untuk ambil cuti separuh hari..aku col makcik,aku col naqibah,aku col ibu,aku col manis,tanye tentang keadaan husna..tak abes2 berfikir macamana keadaan husna,ok x?sape teman dia?sape tolong dia?siapa?apa?itu ini..

sebenarnya hati ni,,nak mesej atau col dia..tapi aku tak tahu macamana nak cakap bile dalam keadaan macamni,,aku memang LOSER abeslah..kesian husna...pastu aku amek keputusan nak bagi mesej,,ttbe time nak tulis tuh,masuk col husna,aku angkat..then,,lepas dia amek nafas yang panjang,atiqah,abah dah tak ada....sebak,sakit dada aku dengar suara husna yang tahan kesedihan..lepas tu boleh lagi gelak!husna!!enti ni memanglah..masih lagi nak sembunyikan kesedihan tu??

dipendekkan cerita,aku dilepaskan untuk cuti separuh hari..lepas zohor,aku sampai di rumah husna..waktu tu,,rumah husna penuh dengan jemaah lelaki yang baru lepas solat jumaat,baca yaasin ramai2..lepas dah habis,aku masuk..aku pandang muka syahmi,syakir,syahin..waktu tu xnampak nadzirah..aku pandang umi..mata ummi merah sangat..menahan kesedihan..lepas tu aku datang kat ummi,ummi terkejut..dia kata dari mana ni?aku pun jwab,saya praktikal cik,kat sini..aku salam ummi,peluk ummi..ummi tersedu2..menangis jugak aku kat situ..aku tanya..husna dan syahid belum sampai??ummi kate belum..

lepas dah beberapa lama lepas tu,aku nampak abg husna dah sampai..sampai2 terus dia mengimamkan solat jenazah..di akhir solat syahid tak dapat tahan kesedihan..habis seisi rumah mengalirkan air mata sambil mengaminkan..cikgu deen dah berjaya melahirkan anak2 yang soleh dan solehah,,aku tau mereka akan saling menguatkan!

lepas tu,aku ikut najihah untuk ke masjid,solat asar dan solat jenazah kat situ..aku risau sangat..aku tanye kat jihah..xtggu husna ke??jihah kate,,husna dah buat request kat ummi supaya tggu dia..alhamdulillah..kirenye enti sempat jumpa abah kan?sampai dekat masjid,kami terus solat asar dan solat jenazah..lepas tu,jenazah nak dibawa ke kubur,ummi cakap boleh x longgarkan ikatan dulu untuk tggu husna..waktu tu husna dah nak sampai..

sampai kat kubur,aku nampak husna dah sampai..husna tersedu2..husna,,enti masih lagi nak tahan kan??waktu tu ana rase macam nak datang dekat enti,pegang tangan enti,,kuatkan enti..tapi ana xmampu..lepas semua selesai,,husna dipeluk dengan semua saudara mara dia..waktu tu air mata husna memang xlepas2 mengalir,,Allah...sedihnya,sebaknya tengok enti..lepas tu,enti pelok jihah,ana dan kawan2 yang lain..sempat lagi enti cakap..ape ni nangis xmacho dah!alahai husna...
enti tau x?enti kehilangan abah yang amat enti cintai,,menangisi tu kire super macho kan?meratapi tu baru xmacho!husna,,nak pelukkk enti kuat2!!!

**husna,,kuatlah sayang..hanya doa yang xputus2 ana sampaikan buat arwah dan enti sekeluarga..kuatlah untuk ummi,abg enti dan adik2..ana tau,enti cukup kuat untuk menghadapi semua ni..dugaan yang hebat,untuk orang yang hebat!


p/s: ana teringin sangat nak temankan enti,tapi bila tengok rumah enti dah penuh dengan sedara mara n enti ada jugak fatin untuk dilayan,ana terpaksa lupakan hasrat ana..hakikatnya,,ana sangat risaukan keadaan enti dari sini..take care habibaty...ana akan jenguk enti sebelum ana balik ke damansara...uhibbukifillah...


sharing is caring.jom tambah saham akhirat! :)

Sunday 27 May 2012

sume pun tak menjadi..huhu

dalam kesibukan aku berpraktikal,,masih banyak yang perkara yang selalu aku fikirkan..hari tu hari jumaat,,sebelum tu ada soarang kawan aku ni bg mesej ajak aku pergi kem belia,,memang best sangat..kalau ikutkan rasa memang nak pegi..tapi sakit kat belakang ni xpernah nak hilang..aku terpaksa tolak..sebab program tu banyak aktiviti lasak : abseiling,explore gua,flying fox..(memang aku suka sangat benda2 adventure nih!!!!)

lepas tu aku bukak fb pulak,,ada sorang akhawat ni tagged aku kat gamba prog MISI,,lagi satu program yang mantap yang terpaksa aku tolak sebab aku praktikal..sebab program ni berjalan selama 2 minggu..isn't it toooo 'wahhhhhhhh'???sedih sangat bila program2 banyak dah depan mata tapi xdapat nak ikut..bukan senang nak dapat peluang macam ni..SEDIH..

zahidatul husna bt. shahruden,,sahabat aku dunia dan akhirat..aku rindu sangat kat dia..lagi seminggu sebelum dia balik ke perlis,,aku nak sangat jumpa dia..bulan depan birthday dia..aku selalu tak dapat sambut sesama ngan dia..walaupun aku sedar aku bukan orang yang penting dalam hidup dia,tapi aku terasa nak selalu dekat dengan dia..hmm,,pada permulaannya memang jadi nak keluar,tapi tibe2 dia kene temankan ayah dia ke perak..kire blik harila..hari ahad pulak,,entahla aku pun xtau kenapa..yang penting memang xjadi pun keluar..ya Allah,,aku sedih gila...sedih gila..Allah je yang tau~~

petang ni nak kene balik damansara..aku betul2 xde mood..rancangan aku xmenjadi pun nak tengok husna sebelum dia balik perlis..huhu..tujuan aku balik rumah kali ni,,,sebenarnya tu je,,sebab tu aku beria-ia sangat nak keluar dengan dia..

air mata xnak benti wlaupun aku dok kesat2..huhu


** hari isnin aku sure2 kene stay back kat company tu,,encik kat tempat keje tu dah bagi aku explanation sebelum balik hari jumaat hari tu..dahla,aku sedih..

sharing is caring.jom tambah saham akhirat! :)

Friday 18 May 2012

switch ON atau switch OFF?

setiap kali kejadian yang best2 berlaku depan mata,setiap kali tu jugak terfikir nak share kat blog dengan semua orang..konon2 cerita 'dia' macamla best sangat kan?errrr....



sebenarnya tajuk ni xde kene mengene pun cerita yang terjadi depan mata..cume,maklumlah..dah jauh dari negeri perak,jadi kelancaran untuk 'pantas' berprogram tu jadi mundur...warrggghh!!betul2 rasa kosong tanpa USRAH..so the point is,takkan sebab semata2 jauh dengan perak,aku kene switch off dengan D&T ni..kan?memang aku sangat memerlukan sekerasnya melaksanakan tarbiyyah dzatiyyah pada wktu ini..semoga Allah menguatkan hati aku..takut jadi orang yang 'kufur nikmat'!
mohon doa sangat2 dari semua,,sangat takut jika tak kuat kalau bersendirian..huaaaaa..T.T


 menunggu dengan penuh sabar panggilan Allah!
                                                         
p/s : sem ni start berpraktikal..tiap2 hari pergi dan balik naik bas..dan aku ada satu MISI..semoga aku istiqamah..amiin.. :)


** alhamdulillah,terlaksana impian nak update satu post kat blog ni..hehe..eksaited!~~

sharing is caring.jom tambah saham akhirat! :)