Wednesday, 21 November 2012

tarbiyyah Allah itu dekat


Jika kita menyediakan hati untuk ditarbiyyah..


Sekecil kecil perkara kita akan rasa itu adalah tarbiyyah.
~ kak noni ~


betul!saya sokong apa yang kak noni katakan.aku akui aku punya hati yang keras.sungguh bukan mudah untuk pecahkan tembok dalam hati aku.tapi aku bersungguh dan berazam untuk aku berubah menjadi yang lebih baik.dan melalui azam aku itu Allah datangkan dugaan demi dugaan untuk mentarbiyah keadaan diriku yang punya sangat sangat banyak kelemahan ini.sungguh,,banyak sungguh tarbiyah yang Allah berikan padaku sejak akhir2 ni..Alhmdulillah,aku bersyukur.

peristiwa 1 :

kebakaran kecil yang berlaku pada bilik air rumah.mujur!Allah gerakkan hatiku untuk melihat apa yang terjadi pada rumahku setelah terhidu bau yang sangat kuat.bila aku selak langsir bilik,kelihatan asap dah penuh dalam rumah.Alhamdulillah,aku cepat bertindak.mungkin jika aku terlambat,ceiling rumah terbakar dan boleh menyebabkan dengan cepatnya baiti jannati ni  terbakar.dan mungkin jugak aku dah tak dapat menulis dalam blog nih.kebetulannya aku keseorangan di rumah dan kunci pintu grill depan tiada di tempatnya,bermakna kunci2 tersebut telah dibawa ahli2 rumah yang lain.Alhamdulillah,segalanya dipermudahkan bila aku dapat melepaskan diri dari rumahku dan berlari ke rumah sepupuku di bahagian belakang,kebetulan dia berada di rumah.

pendek cerita, ibuku berkata padaku,yang sebenarnya Allah menegur kami sekeluarga kerana ada amal-amal yang kami tinggalkan,jauh daripada Allah,leka/lalai..sebab tu Allah datangkan ujian berbentuk musibah pada keluarga kami.dan bagi aku Allah menegurku secara direct kerana ketika itu!waktu itu!aku berada dalam rumah.supaya aku meningkatkan amal.banyakkan bersyukur,jauhkan dari perkara lagha!


peristiwa 2 :

apabila seorang pemandu berlesen L memandu dan menyangka minyak adalah brek.menjadi kesilapanku pada pemanduan kali ni sebab tertekan minyak.Alhamdulillah tak terjadi apa2 yang buruk pada pemandu hadapan dan pada aku.tapi keadaan kereta hadapan kemek,sama juga dengan kereta yang aku pandu,habis melengkung bahagian bonet hadapan. ;p
tapi aku sangat sangat cuak jika bayaran terhadap ganti rugi dihadapkan pada aku.sangat berharap semuanya ditanggung oleh pihak yang mengajarku menjadi pemandu 'berhemah'.ececewah!

dan seriously!kali ni memang aku rasa bertempek2 tarbiyah Allah datang untuk aku.dan serious aku rasa aku perlu melakukan perubahan pada diri aku dan orang lain untuk menegakkan islam di muka bumi..sungguh aku merasa sangat istimewa kerana Allah masih menghantarkan aku dugaan demi dugaan supaya aku meningkatkan keimanann..masyaAllah,,terima kasih ya Allah!!!Alhamdulillah.


sedikit perkongsian isu gaza :

kali ini memang aku banyak berkongsi isu palestin di wall facebook aku.bukan sebab aku nak buat2 prihatin.tapi aku paksa dan ajar diri aku untuk menjadi prihatin terhadap masalah umat sekelilin.supaya hati menjadi peka,hati menjadi lembut.jika kita lihat sekarang ramai orang dah immune dengan keadaan perang sehingga kan jika dipost gambar2 anak2 atau mangsa2 yang dibom hilang rasa perikemanusiaan.dan kali ini isu gaza adalah isu akidah.isu membebaskan palestin kerana disitulah tempat nabi di israkkan,disitulah kiblat pertama kita,disitulah tempat kelahiran para2 nabi.isu akidah bukan isu yang boleh dipermainkan.
serius aku rasa sangat kecewa dengan mereka yang masih beralasan untuk memboikot.masih mencari sejuta cara untuk membebaskan diri untuk membeli produk2 zionis.aku kecewa.dan sebenarnya disamping kita memboikot,kita kene amalkan cara hidup islam yang dah nabi kita amalkan dan ajarkan pada kita.permudahkan kami ya Allah!!kembalikan islam,kembalikan ustaziatul alam!dan kita juga kene niat yang kita berkongsi + prihatin terhadap isu gaza ini bukan semata2 kita nak bebaskan gaza daripada tangan israel tapi kita buat semua ni kerana kita nak muliakan islam,kita nak keredhaan Allah.aku takut jika islam itu sudah tercapai kemenangannya,aku tidak termasuk di kalangan orang yang menang..nauzubillah min zalik..

ya Allah,,semoga engkau bantu hati2 kami dalam meningkatkan keimanan padamu.bantulah saudara2ku di palestin,mesir,syria,rohingnya dan dimana2 sahaja yang tertindas,,bantulah mereka ya Allah..kuatkanlah ketenangan dan kebergantungan hanya padaMu..amiin ya rabb..






sharing is caring.jom tambah saham akhirat! :)

No comments:

Post a Comment