Wednesday, 31 October 2012

Kisah syahid Saidina Umar Alkhattab

sayyidina umar r.a memohon agar dimatikan dalam keadaan syahid. Allah perkenankan doanya dengan mendatangkan abu luqluq al majusi (penyembah api) yang menikam sayyidina umar sebanyak 3 kali di perut sehingga terburai perutnya ketika beliau mengimamkan solat subuh.

sayyidina umar r.a jatuh ke tepi, lalu abdur rahman bin auf mara ke depan menyelesaikan solat subuh dgn bacaan yg ringkas. abu luqluq
al majusi menikam beberapa orang sahabat yang lain lalu menikam dirinya sendiri. mereka semua mati di situ.

sayyidina umar r.a diberikan air susu untuk diminum, namun air susu itu terlihat keluar dari perut bersama darah. kemudian beliau pengsan. apabila sedar, soalan pertama yang ditanya beliau, "adakah telah selesai kamu semua solat subuh". mereka menjawab ya. kemudian beliau bertanya, "siapakah yang menikam aku". mereka menjawab abu luqluq.

sayyidina umar r.a mengucapkan rasa syukur kerana Allah telah datangkan seorang kafir bagi membunuhnya. lalu beliau meminta air dari anaknya. anaknya bertanya, "untuk apa air, bukankah tadi susu telah keluar dari perut setelah meminumnya".

sayyidina umar r.a berkata, "aku meminta air bukan untuk diminum, tetapi untuk aku mengambil wudhu' kerana solat aku belum lagi selesai".

-----------------------------

tanya diri kita, di mana kita campak solat yang difadhukan kepada kita? mengapa kebanyakan masa yang ada kita suka melengahkan dan membiarkan waktu solat berlalu sedangkan ia perkara pertama dihisab.







sharing is caring.jom tambah saham akhirat! :)

Tuesday, 23 October 2012

Sunnah Rasulullah s.a.w 1 : cara berkomunikasi

Bismillahirrahmannirrahim..
Assalamualaikum w.b.t para pembaca! :D
Alhamdulillah,,akhirnya dapat jugak update post terbaru dengan izin Allah..Mengambil sedikit masa untuk membuat sedikit pembaharuan yang dilakukan pada blog ni supaya lebih nampak kemas dan teratur..hee :D

Untuk post yang terbaru ni,saya suka untuk berkongsi sunnah-sunnah rasulullah s.a.w yang sebenarnya sangat dekat dengan kehidupan seharian kita.namun kita sering diperkenalkan perkara2 yang menjadi sunnah ini sebagai sesuatu yang biasa2 sahaja dalam kehidupan kita tanpa niat mahu menghidupkan sunnah baginda.
Contohnya :

Membasuh tangan :
Seingat saya,sejak negara kita Malaysia disahkan penduduknya menghidap H1N1,kita diperkenalkan dengan  cara membasuh tangan yang betul.sedangkan perkara tersebut telah dilakukan oleh Rasulullah terlebih dahulu.bukanlah tidak boleh membasuh begitu sahaja tetapi lebih bestt kalau kita niat untuk mengikut sunnah baginda. ;)

Cukuplah dengan satu contoh,saya yakin para membaca lebih maklum akan keadaan  ini dan boleh memberi contoh2 yang lain.Tidak rugi sebenarnya kita untuk mengikuti sunnah baginda kerana Allah telah berfirman dalam surah Annur ayat 54

" Dan jika kalian menaatinya nescaya kalian akan mendapat hidayah"
( Annur : 54 )


sekaligus mendekatkan diri kita kepada Allah dan berusaha mendapat redhaNya..InsyaAllah.Baiklah,jom kita baca amalan2 rasulullah berkomunikasi.

SEBAIK-BAIK PERTUTURAN ADALAH MILIK RASULULLAH S.A.W

Rasulullah s.a.w adalah seseorang yang baik dalam berkata-kata.Baginda suka untuk menggunakan lafaz dan perkataan yang begitu baik,cantik dan lembut.Sehinggakan jika ada seseorang yang cuba menggantikan kebaikan perkataan yang baginda lafazkan,pasti tidak akan tercapai,kerana sebaik2 pertuturan alah milik baginda s.a.w.MasyaAllah!

1. Ucapkanlah perkataan yang lebih baik.
Allah telah berfirman kepada Rasulullah s.a.w :

"Katakanlah kepada hamba-hambaku,ucapkanlah perkataan yang lebih baik.Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan diantara mereka "

Sungguh,bak kata sahabat yang saya kasihi,syaitan ni memang akan sentiasa cuba nak cucuk jarum untuk menimbulkan benteng2 antara kita,sebab tu kita perlukan 'bulldozer' untuk runtuhkan benteng tersebut.hee,, tau kan bulldozer tu ape??  :) errr...ok,sambung semula.
Ayat ini menyarankan kita supaya berkata baiklah dalam pertuturan kerana syaitan menggunakan setiap lafaz dan perkataan kita untuk menimbulkan perselisihan.contohnya : apabila kita menerangkan sesuatu pada sahabat,tetapi disalahertikan.sedangkan kita tak bermaksud seperti yang dia fikirkan.hmmm,,selalu terjadi.kan?

2. Mewakilkan orang lain untuk bercakap
Salah satu adab nabi s.a.w,kadangkala baginda mewakilkan orang lain untuk bercakap.Jika baginda ingin menegur beberapa kesalahan syarak yang dilakukan oleh orang lain,baginda tidak terus menegurnya.tetapi baginda akan berkata : "Kenapa mereka lakukan begitu?" Baginda akan bertanya dan tidak suka menyebut keburukan orang lain.Kadangkala apabila Rasulullah mahu menegur kesalahan si polan,baginda akan bercakap dengan orang yang akrab dengan si polan tersebut,supaya bukan baginda yang menegur kesalahan tersebut.



" Manusia yang berjaya ialah yang menutup mulutnya,sebelum orang lain menutup telinga mereka "

Kisah 1 :
Seorang sahabat nabi bernama Jabir telah bertemu Nabi SAW.
Dia berkata kepada nabi:
" Ya Rasulullah,berikanlah peringatan kepadaku "
Nabi bersabda kepadanya:
" Janganlah kau mencela orang lain "
Maka dia berkata :
" Demi Allah,sejak itu,aku tidak pernah mencela orang lain,samada dia lelaki,perempuan,orang merdeka,hamba atau haiwan "

Subhanallah.. :)

Kisah 2 :
Pernah seorang wanita mengutuk binatangnya,iaitu seekor unta yang dilaknatnya.
Lalu Nabi s.a.w bersabda :
"Turunkan barang daripada unta tersebut dan lepaskannya.Unta yang dilaknat tidak patut berada bersama kita"
Maka unta tersebut berjalan sendirian kerana nabi tidak redha unta itu bersama kumpulan.

TAHUKAH ANDA? 
" Otot yang paling kuat dalam tubuh manusia adalah LIDAH "

Nabi s.a.w bersabda :

" Mungkin satu pertuturan daripada seseorang lelaki membuatkan khalayak ramai ketawa akan menghumbankan dia ke dalam api neraka yang lebih jauh daripada gugusan bintang "
Kadangkala kita suka membuat jenaka untuk membuatkan orang ramai ketawa tetapi tanpa kita sedar,kita menggunakan lafaz yang biadap kepada Allah.Nauzubillah.Nabi melarang kita bertutur kepada orang dengan kata-kata kutukan atau leteran atau kata-kata yang melupakan kita dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita.kerana ianya menjatuhkan motivasi masyarakat sekaligus membuatkan manusia sentiasa melihat ke arah kegelapan dan perkara negatif.kerana dengan kata-kata negatif telah membunuh kedamaian yang ada dalam hati manusia.

3. Berfikir sebelum berkata

4. Ruangkam masa untuk mematangkan pertuturan

" Kata-kata seperti buah,memerlukan masa untuk menjadi matang "

Katakanlah,jika kamu mencintai Allah,ikutilah aku,nescaya Allah mencintaimu.
( Surah Al Imran : 31 )

Perubahan itu sukar kerana syurga itu mahal.jom kita ubah paradigma dan ikuti sunnah baginda!semoga Allah redha dengan kamu..amiin..InsyaAllah,akan sentiasa berusaha untuk update pada entry akan datang.
wassalam. ;)

Sumber :
Ustaz Habib Al Jufri
http://www.youtube.com/watch?v=v7XPqb05As0











sharing is caring.jom tambah saham akhirat! :)