Thursday, 12 February 2015

Tok Guru Nik Aziz



Tok guru Nik Aziz Nik Mat yang amat kukasihi,
Kehilanganmu menggetarkan hatiku.
Kehilanganmu menghidupkan hatiku.
Kau sedang berbahagia disisi Ilahi.
Sedang kami masih disini.
Kehilanganmu menakutkanku.
Kau ulama, orang yang kuat hubungannya dengan Allah,
meninggalkan kami,
ini bermakna ilmu padamu juga telah diangkat.
Orang2 soleh para ulama'.
Sedikit demi sikit meninggalkan kami.
dan kami tetap disini.
Entah apa yang dikejar.
Ku harap aku terus bersemangat,
seperti semangatmu yang tak pernah padam.
Kehilanganmu menyedarkan aku.
Terima kasih ya Allah.
Alhamdulillah.

Ku ingat lagi, pada tahun 2014, Aku berpeluang bertemu denganmu bersama rombongan kampungku. Alhamdulillah, aku berpeluang solat berjemaah denganmu, Melihatmu mentahnik bayi2 kecil. Sewaktu itu terselit azamku untuk membawa anakku untuk ditahnik olehmu. 
Sewaktu perjalanan pulang, akakku berkata, tadi ada seorang non muslim mahu bersujud pasa TGNA namun sempat ditahan olehnya dan diterangkan mengapa. Lalu non muslim itu sekadar menyalami tok guru. Sedangkan non muslim juga menghormatinya. Kerana apa? Kerana Islamlah telah memuliakannya. Alahamdulillah Subhanallah. Allahuakbar. 

Hidup menghidupkan kecekalan dan semangat.
Matimu menghidupkan.
Telah hilanglah permata.

Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Ya Allah ampunkan dosanya, terimalah amalannya.
dan masukkanlah dia ke syurgaMu.
Amin.. Amiin..
Saya sayang TGNA.



sharing is caring.jom tambah saham akhirat! :)

No comments:

Post a Comment